Friday 10 February 2017

INFO PELAJAR : PERMOHONAN UPUONLINE DIBUKA 6 FEBRUARI 2017 - 30 MAC 2017

Dibuka sejak 6 Februari 2017 sehingga 30 Mac 2017.

Dengan harga RM15.60 sahaja.

Di Bank Simpanan Nasional (BSN)


PERMOHONAN UPUOnline TELAH DIBUKA MULAI SEKARANG.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/


P.S : Sila berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling kolej sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa. (H/P: 016 - 8655464)

Thursday 9 February 2017

DETAIL PROGRAM : PERANG PSIKOLOGI 01 - 02 FEBRUARI 2017

TARIKH: 01 – 02 FEBRUARI 2017
MASA    : WAKTU REHAT

TEMPAT              : SELURUH KAWASAN KOLEJ TINGKATAN ENAM SARATOK




















Program Perang Psikologi ini dijalankan selama dua (2) hari berturut – turut iaitu pada 01 Februari 2017 dan 02 Februari 2017. Pada hari pertama, ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengedarkan 60 keping bookmark dan 60 helai pamphlet yang bertajuk ‘Persiapan Diri Ke Arah Pelajar Gemilang’. Waktu yang diguna pakai dalam proses pengedaran maklumat ini ialah pada waktu rehat sahaja di mana ahli PRS berjalan di kitar kawasan kolej dan memberikan bookmark dan pamphlet tersebut secara percuma kepada para pelajar. Para pensyarah juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bookmark untuk simpanan peribadi masing – masing. Tepat jam 1010 pagi, ahli PRS menyatakan bahawa semua bookmark dan pamphlet telah habis diedarkan.

Hari kedua Perang Psikologi berlangsung pada 02 Februari 2017 tepat jam 0950 pagi di mana ahli PRS dengan penuh komitmentnya telah bersedia untuk menjalankan tugas pengedaran bookmark dan pamphlet. Pada hari kedua, maklumat yang diedarkan adalah 60 keping bookmark dan 60 helai pamphlet yang bertajuk ‘Persiapan Diri Ke Arah Pelajar Gemilang’. Tepat jam 1010, maklumat telah habis diedarkan.

Pengedaran maklumat seperti bookmark dan pamphlet tidak memakan masa yang lama tetapi proses penyediaan maklumat ini bagaimanapun sebaliknya. Guru bimbingan dan kaunseling di bantu oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya dalam proses mereka bookmark, laminate, mencari ayat motivasi, menggunting dan membuat pamphlet sejak awal bulan Januari 2017.

PROGRAM JOM KE KOLEJ

Program : Jom Ke Kolej
Tarikh : 06 Februari 2017
Tempat : Dataran Ilmu, KTE Saratok.


Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.